Halaman

Rabu, 6 Mac 2013

"Nasi Lemak Buah Bidara"

"NASI LEMAK BUAH BIDARA"
 
 
Assalamualaikum w.b.t...
 
 
Maaf lah dah lama tak update blog ni....saja ja bagi gempak tajuk..."Nasi Lemak Buah Bidara" ni saya ambil dari baris pantun orang dulu-dulu...
 
Umumnya, Nasi Lemak adalah masakan untuk sarapan pagi orang dulu-dulu sejak zaman berzaman. Bahan-bahan asasnya seperti nasi yang ditanak bersama santan dan diberi wangi dari daun pandan serta dimasukan ssedikit garam. Garam berfungsi untuk menaikan lagi rasa lemak santan. Kemudian terdapat juga lauk ikan bilis ataupun ikan kering atau ikan goreng. Dulu-dulu susah nak makan ayam seperti zaman sekarang. Selain itu terdapat telur ayam rebus. Haaaa....nampak tak..?? Orang dulu-dulu ternak ayam untuk dapatkan telur sebaliknya tak memasak ayam untuk hidangan setiap hari.. Zaman dahulu hanya akan masak daging ayam bila adanya keraian, keramaian atau kenduri kendara. Sampingan menu Nasi Lemak pula adalah sambal lada. kacang goreng dan timun.
 
Namun, zaman sekarang menu Nasi Lemak telah banyak inovasi. Sedari cara penyedian nasi tersebut sehinggalah lauk-lauk sampingan dan bukan itu sahaja, Nasi Lemak zamn sekarang tidak lagi menjadi menu bersarapan tapi telah dijadikan hidangan saban hari dari pagi hingga ke tengah malam. Baik di warung-warung sehinggalah hotel-hotel bertaraf lima bintang tetap menyenaraikan menu Nasi Lemak sebagai hidangan pilihan untuk para pengunjung.
 
 
Bismillahirahmanirahim...jemput makan... :)
 
 

Sabtu, 20 Oktober 2012

Kuih Penyaram Brunei

 Bahan-bahanya :

1 cawan gula pasir
2 cawan gula kabong/gulanau
1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum (2 cawan)
5 cawan air suam
sedikit garam
minyak untuk mengoreng

Cara-caranya :

- campurkan kesemua bahan kering kedalam sebuah bekas yang sesuai. 
- campurkan 4 cawan air dan gula kabong.
- gaul sebati dan tambah baki 1 cawan air perlahan-lahan kedalam adunan.
- tapiskan adunan bagi tujuan tiada tepung yang bergentel.
- biarkan adunan semalaman. seelok-eloknya masukan kedalam peti sejuk.
- gunakan kuali yang kecil...panaskan dan masukkan minyak mengikut saiz kuih yang anda kehendaki..
- pastikan minyak tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. gunakan api yang perlahan sepanjang anda mengoreng...memasak kuih ini memerlukan kesabaran anda.

Petua :

* kuali yang mempunyai bontot yang lebih runcing/dalam akan memberikan hasil kuih penyaram yang cantik dibahagian tengahnya.
* minyak yang terlalu panas akan menyebabkan kuih yang digoreng mengelembung seperti bola...
* minyak yang terlalu suam akan menyebabkan kuih penyaram anda menjaadi seperti lempeng goreng..
* gula yang kurang juga akan menyebakan kuih penyaram anda tidak mengelembung dibahagian tengahnya dengan sempurna.
* apabila terlebih gula pula akan menyebabkan adunan melekat semasa digoreng...

kuih ini sebenarnya senang dibuat tetapi cerewet...gula kabong pun sukar untuk didapatkan pada masa sekarang...

selamat mencuba...

Rabu, 9 Mac 2011

Kek Gula Hangus /Kek Sarang Semut

Bahan-bahanya :

1 cawan gula pasir
1 cawan air





-gula cairkn dgn api yg perlahan shingga cair dan menjadi keperangan(xhangus) mengikut kehendak anda...
-setelah gula mjadi cair masukn air dgn perlahan dari bhgian bibir kuali (ini adalah teknik masak gula hangus yang saye bljr ngn tukng msk profesional....kalau kite simbah terus air pd gula yg dhanguskn 2 myB anda akn melecur tkena perciknya...moral of the story is...bhati-hati...gnkn tknik yg betul....)

then,

1 cawan susu pekat
2 sudu majerin

-dimasukan ke dalam gula hangus td dan kacau sebati dan majerin mjadi cair
- biarkan seketika sehingga sejuk or suam or jgn smpai sejuk dmana keadaan marjerin beku semula pla....

seterusnya,

3 or 4 biji telur (ikut kesesuaian gred telur)
1 cawan penuh tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonate

-selepas yang td sejuk barulh masukan telur dan bancuh/mixer/blender...(kalau saye godak2 or kacau ngn garpu je dalam kuali 2....asalkan sebati n telur x begentel)
-dah 2 tepung n bikarbonate d ayak bersama supaya bikarbonate serata bila digaul ngan bancuhan cecair...
-sebatikan semuanya sehingga tepung xbrapa begentel....

-sediakan acuan kek gula hangus yang digriskan dengan majerin
-tapis adunan terlebih dahulu barulah dimasukan ke dalam acuan
-tutupkan acuan
-gunakan dapur gas anda dengan api yang sangat perlahan
-aduanan sebanyak ini mengambil masa lebih kurang 20-30mnt....kena cek n bau2 takut hangus...kaedah bakar kat dapur gas ni lebih mudah bg yg xde oven....

*gambar ni hasil yg saye bt smlm...tp time bt ni susu pekat saye guna ckit je cz 2 je yg ade lg kat dpur....tp rsnye ttp ok....kesimpulnya...susu pekat ni juz nak mnyedapkan sje...cubalah....wt mnum petang karang.... :)

SELAMAT MENCUBA


Khamis, 24 Februari 2011

Puding Lumut / Agar2 Pandan



Bahan-bahanya :


2 paket agar2 Swallow (yg seumpama dgnya)
8 cawan air (sukatan kalau guna tea cup, kurangkan sedikit jgn smpai ke mulut cawan..gn sukatan coffee cup-kecil ckit)
7 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
1 cawan gula
sedikit garam

Cara-caranya :

1. racik2kan daun pandan terlebih dahulu
2. kisarkan air bersama kelapa parut dan daun pandan dan perahkan.
3. kemudian didihkan hasil kisaran tadi bersama agar2, gula dan sedikit garam..
4. kalau nak tau agar2 anda telah sedia/masak kacau sentiasa dengan api perlahan sehingga terbit buih2 ketam yang halus...itu bermakna puding anda siap masak dan ble lah di sejukan sehingga menjadi keras...

Petua memasak agar/ membuat puding :
- khususnya bila masak agar2 yang menggunakan santan adalah lebih baik dikurangkan sedikittttt airnya kerana kelapa akan menghasilkan cecairnya sendiri apabila dkisar dan diperah...
-garam pula berfungsi untuk membangkitkan rasa....mak saye selalu kata kalau masak masakan bersantan kna letak sedikit garam supaya terasa lebih lemaknya...
-selain tu2...kalau nak pastikan agar2 masak akan timbul buih2 ketam...itu tndanya agar2 dah masak dan hancur...
-kalau masak masakan bersantan kena sentiasa dikacau supaya tak pecah lemak santan/santan menjadi bergentel..kna masak dengan api yang perlahan...tp kalau masak masakan lauk bersantan dengan api yang kuat 2 maknanya masakan 2 nak santan td terbit minyak seperti masak kurma r rendang.....

Rabu, 23 Februari 2011

Sirap Mirinda Hijau



Bahan-bahanya :

2kg gula pasir
1.5 liter air
4 helai daun pandan
10 biji limau kasturi
sedikit perasa pisang
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya :

1. Didihkan air
2. Masukkan gula pasir dan kacau sehingga hancur
3. Masukan daun pandan, air limau kasturi dengan kulitnya sekali, pewarna hijau dan perasa pisang...
4. Tunggu sehingga segala bau ramuan menjadi bau mirinda dan bg anda puas hati dengan hasilnya barulah tutupkan api.
5. Sejukkan sebelum ditapis dan disimpan dalam botol....

siap untuk dibancuh bersama air sejuk dan ble lah dihidang pada tetamu dihari raya....terutamanya pada orang tua yang tak minum air bekarbonat.....

Selamat Mencuba

Ni antara kek yang makan sendiri

 ni lah antara kek yang sempat saya ambil gambar....tapi banyak lagi hasil yang dah di ubahsuai rasa, tekstur, warna, bentuk dsb saye tak sempat nak ambik gambar....sumanya abis d makan...tak sempat pla nak ambik gambar cz tak pernah terfikir pla nak blog kn sebelum ni....

hasil yang tak seberapa.....

Kek Coklat


kek ni saya bt untuk hadiahkan pada seseorang....sebenarnya saya susah nak bagi orang hadiah cz pada saya suatu pemberian itu perlulah sesuatu yang memberi makna...sekurang2nya bila kita buat sendiri hadiah tue especially makanan dapat juga orang merasa....bila dia rasa sedap kalau makan, dia akan rasa senang hati....well...harap2lah...biarpun iyanya tak lh seberapa hebat seperti yang jual kat kedai....yang penting HALAL...yang buat kat kedai tue kita tak pasti lg kebersihan dan keHALALan nya....hehehe....(bkn utk sabotaj ek...tiada niat...)apa2 pn pilihan di tangan kita.....
#*#*#*#*#**#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#**#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#**#**##**##*

yang ni pla da somebdy yg mnt tlg bt....xtau nak hias mcm mn...tgn msih kaku nak toppingkn kek ni n nak guna piping cream....sekurang2nya hasilnya tak sm yg mcm kt kedai....ehehehe....ni fully cream chees topping....ade crita dsebalik kek ni....kek ni mula2 design lain tapi bila dh petang ank buah saye p potong pla kek ni....saye ngn gabra nye ngn tak de bhn d tgh mlm design lh yg hasilnya sebegini rupa......harap2lah orang yang menerima kek ini bahagia memakanya.....

Isnin, 21 Februari 2011

Umai Ikan Tengiri

Bahan-bahan :

1/2kg isi ikan tengiri
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 biji limau kapas(kat semenanjung xtau namanya apa)heee...
4 biji limau kasturi
7 biji cili padi
1/2 biji cili hijau
1/2 biji cili merah
garam
perasa

Cara-Caranya :


1. Isi ikan dibersihkan dan dihiris halus
2. Perahkan air limau kasturi n limau kapas n buangkan biji.....kulit limau kasturi le dihiris mayang....
3. Hiris bawang besar, bawang merah,cili hijau, cili merah dan cili padi...(cili padi ikut suka nak hiris r nak    tumbuk kat lesung...mana2 pn le yg penting le bg rs pedas...)
4. campurkan 1, 2 dan 3 sekali dalam mangkuk yang mudah untuk kita gaul...
5. Masukan bahan perasa dan garam.....

Lepas tue, tutupkan bekas dan perapkan paling kurang sejam untuk ikan betul2 meresap segala rasa n ikan jadi masak dek kerana air limau....simpan kat dlm peti sejuk untuk menjamin mutunya....hehehe....

da orang bt ni suka letak bunga kantan n daun sup/ketumbar.....da juga suka letak buah mempelam/mangga muda.....da juga yang gantikan air asam limau ngan asam kelubi/asam paya kalau di Sarawak....

yang penting......kita wat makanan bukan makanan buat kita....

Selamat mencuba.......

Khamis, 17 Februari 2011

Bihun Sup Orang Bujang

Bahan2 :

Bihun direbus
Bawang Putih
Bawang Merah
Bawang Besar
Sayur Sawi
Telur
Lada Putih

Cara2nya :

Senang jeww...

1. Tumiskan bawang putih,bawang merah n bawang besar sampai ke perang2an...
2. Masukkan air secukupnya....tunggu mendidih....
3. masukkan telur dan kacau......
4. Masukkan lada putih, garam dan perasa secukup rasa ok....
5. Masukkan sayur sawi....
6. Masukkan bihun.....
7. siap......le hias ngan bawang goreng n daun sup....

nyuummmmm.......le makan.....jemput makan....jemput makan.........

p/s : sebenarnya kalau nak campur ayam, sefood ke...daging ke...pn boleh....masukan ayam r sefood r daging after tumiskan bawang2 td....n kalau kat dapur 2 ada pati ikan bilis r pati ayam pn le dcampurkan....dh letak 2 xpyh tambah perasa n garam lg.....