Halaman

Sabtu, 20 Oktober 2012

Kuih Penyaram Brunei

 Bahan-bahanya :

1 cawan gula pasir
2 cawan gula kabong/gulanau
1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum (2 cawan)
5 cawan air suam
sedikit garam
minyak untuk mengoreng

Cara-caranya :

- campurkan kesemua bahan kering kedalam sebuah bekas yang sesuai. 
- campurkan 4 cawan air dan gula kabong.
- gaul sebati dan tambah baki 1 cawan air perlahan-lahan kedalam adunan.
- tapiskan adunan bagi tujuan tiada tepung yang bergentel.
- biarkan adunan semalaman. seelok-eloknya masukan kedalam peti sejuk.
- gunakan kuali yang kecil...panaskan dan masukkan minyak mengikut saiz kuih yang anda kehendaki..
- pastikan minyak tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. gunakan api yang perlahan sepanjang anda mengoreng...memasak kuih ini memerlukan kesabaran anda.

Petua :

* kuali yang mempunyai bontot yang lebih runcing/dalam akan memberikan hasil kuih penyaram yang cantik dibahagian tengahnya.
* minyak yang terlalu panas akan menyebabkan kuih yang digoreng mengelembung seperti bola...
* minyak yang terlalu suam akan menyebabkan kuih penyaram anda menjaadi seperti lempeng goreng..
* gula yang kurang juga akan menyebakan kuih penyaram anda tidak mengelembung dibahagian tengahnya dengan sempurna.
* apabila terlebih gula pula akan menyebabkan adunan melekat semasa digoreng...

kuih ini sebenarnya senang dibuat tetapi cerewet...gula kabong pun sukar untuk didapatkan pada masa sekarang...

selamat mencuba...

Tiada ulasan: