Halaman

Rabu, 6 Mac 2013

"Nasi Lemak Buah Bidara"

"NASI LEMAK BUAH BIDARA"
 
 
Assalamualaikum w.b.t...
 
 
Maaf lah dah lama tak update blog ni....saja ja bagi gempak tajuk..."Nasi Lemak Buah Bidara" ni saya ambil dari baris pantun orang dulu-dulu...
 
Umumnya, Nasi Lemak adalah masakan untuk sarapan pagi orang dulu-dulu sejak zaman berzaman. Bahan-bahan asasnya seperti nasi yang ditanak bersama santan dan diberi wangi dari daun pandan serta dimasukan ssedikit garam. Garam berfungsi untuk menaikan lagi rasa lemak santan. Kemudian terdapat juga lauk ikan bilis ataupun ikan kering atau ikan goreng. Dulu-dulu susah nak makan ayam seperti zaman sekarang. Selain itu terdapat telur ayam rebus. Haaaa....nampak tak..?? Orang dulu-dulu ternak ayam untuk dapatkan telur sebaliknya tak memasak ayam untuk hidangan setiap hari.. Zaman dahulu hanya akan masak daging ayam bila adanya keraian, keramaian atau kenduri kendara. Sampingan menu Nasi Lemak pula adalah sambal lada. kacang goreng dan timun.
 
Namun, zaman sekarang menu Nasi Lemak telah banyak inovasi. Sedari cara penyedian nasi tersebut sehinggalah lauk-lauk sampingan dan bukan itu sahaja, Nasi Lemak zamn sekarang tidak lagi menjadi menu bersarapan tapi telah dijadikan hidangan saban hari dari pagi hingga ke tengah malam. Baik di warung-warung sehinggalah hotel-hotel bertaraf lima bintang tetap menyenaraikan menu Nasi Lemak sebagai hidangan pilihan untuk para pengunjung.
 
 
Bismillahirahmanirahim...jemput makan... :)
 
 

Tiada ulasan: