Halaman

Isnin, 21 Februari 2011

Umai Ikan Tengiri

Bahan-bahan :

1/2kg isi ikan tengiri
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 biji limau kapas(kat semenanjung xtau namanya apa)heee...
4 biji limau kasturi
7 biji cili padi
1/2 biji cili hijau
1/2 biji cili merah
garam
perasa

Cara-Caranya :


1. Isi ikan dibersihkan dan dihiris halus
2. Perahkan air limau kasturi n limau kapas n buangkan biji.....kulit limau kasturi le dihiris mayang....
3. Hiris bawang besar, bawang merah,cili hijau, cili merah dan cili padi...(cili padi ikut suka nak hiris r nak    tumbuk kat lesung...mana2 pn le yg penting le bg rs pedas...)
4. campurkan 1, 2 dan 3 sekali dalam mangkuk yang mudah untuk kita gaul...
5. Masukan bahan perasa dan garam.....

Lepas tue, tutupkan bekas dan perapkan paling kurang sejam untuk ikan betul2 meresap segala rasa n ikan jadi masak dek kerana air limau....simpan kat dlm peti sejuk untuk menjamin mutunya....hehehe....

da orang bt ni suka letak bunga kantan n daun sup/ketumbar.....da juga suka letak buah mempelam/mangga muda.....da juga yang gantikan air asam limau ngan asam kelubi/asam paya kalau di Sarawak....

yang penting......kita wat makanan bukan makanan buat kita....

Selamat mencuba.......

Tiada ulasan: